Borak Pusaka & Faraid

Assalamualaikum,

Laman Borak Pusaka & Faraid ini saya nukilkan untuk berkongsi mengenai segala maklumat berkaitan dengan pengurusan , pembahagian dan perancangan harta pusaka dan faraid di kalangan masyarakat islam malaysia.

Kerana ilmu faraid ini penting seperti sabda nabi Muhammad S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud

” Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka” 

“RM60b harta umat Islam tidak dituntut”

Tajuk keratan akhbar berita harian diatas pada saya telah cukup untuk menjelaskan senario tahap kesedaran masyarakat islam malaysia mengenai Pengurusan dan terutamanya Perancangan harta pusaka serta faraid.

Dengan kesedaran dan pengalaman hitam sebelum ini dalam bab harta pusaka keluarga, menyebabkan saya terpanggil untuk mencari dan mendalami mengenai ilmu pusaka dan faraid menurut islam dan menepati kehendak syariah.

Menariknya semasa dalam proses perjalanan pembelajaran tersebut, saya telah bertemu jodoh pula dengan “Wasiyyah Shoppe” iaitu salah satu syarikat amanah (Trustee) di malaysia yang mempunyai kepakaran dan pengalaman yg luas dalam hal-hal pengurusan & perancangan harta pusaka dan faraid.

Alhamdulilah sepanjang perkenalan dengan Wasiyyah Shoppe, saya banyak menghadiri kelas mengenai perancangan & pengurusan harta pusaka dan juga kelas faraid. Ini menjadikan saya lebih memahami mengenai hikmah hukum faraid yg Allah telah perintahkan di dalam al-quran (Surah An-Nisa’) serta kepentingan untuk merancang pengurusan harta pusaka semasa kita masih hidup, supaya tanggungjawab dengan harta yang telah dipinjamkan oleh Allah tersebut tidak menjadi satu beban kepada kita di alam akhirat nanti. Wallahualam.

Studio_20150805_112802-300x300

Setelah hampir setahun menimba ilmu dengan Wasiyyah Shoppe, saya mengambil keputusan untuk mendaftar sebagai ” Perunding Professional Mawarith” yang sah dengan Wasiyyah Shoppe Trustee Berhad. Keputusan ini diambil setelah saya mengambil kira kemampuan dan kepakaran Wasiyyah Shoppe dalam strategi perancangan harta pusaka secara syariah. Selain itu, mereka juga memiliki barisan Jawatankuasa Penasihat Syariah yang berwibawa dan mempunyai status kepakaran dalam ilmu faraid dan harta pusaka di Malaysia.

Secara ringkasnya Wasiyyah shoppe menawarkan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta usaka yang komprehensif, pantas, mudah & dijamin Patuh Syariah. Kemampuan mereka juga terbukti dengan lebih dari 400 perintah pengesahan Hibah dari Mahkamah Tinggi Syariah seluruh malaysia telah mereka berjaya perolehi.

Selain itu yang lebih menariknya, kami ada menyediakan khidmat rundingcara, kuliah dan juga taklimat PERCUMA untuk mengenalpasti struktur faraid, menerangkan mengenai hibah, wasiat islam, wasiat pentadbir, harta sepencarian, pewarisan perniagaan dan perkhidmatan penyelesaian harta pusaka.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Wasiyah Shoppe boleh hubungi saya Mohd Noh Idris, Perunding Profesional Mawarith Wasiyyah Shoppe di talian +6012-571 1652 dan 011-2087 0629.

Insyallah, dalam posting yang akan datang saya akan berkongsi mengenai segala ilmu , tip-tip dan maklumat-maklumat penting dan terkini mengenai perancangan dan pengurusan harta pusaka dan faraid di Malaysia.

Comments

Popular Posts