HIBAH

HIBAH

Hibah adalah salah satu kaedah pewarisan harta yang ada di dalam Hukum Syarak. Melaluinya, umat Islam boleh merancang kepada siapakah harta mereka akan diwarisi. Hibah akan berkuatkuasa semasa hidup ketika semua rukun dan syarat terlaksana, tetapi di atas pilihan dan maslahah , pindahmilik kepada Penerima Hibah boleh berlaku selepas kematian.
Harta yang telah dihibah secara dokumentasi dan lengkap rukun serta syaratnya akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Hukum Faraid.
Antara harta yang boleh dihibah ialah hartanah termasuk hartanah yang masih mempunyai pinjaman bank, kenderaan, barang kemas, saham syarikat, akaun bersama, akaun Lembaga Tabung Haji dan akaun pelaburan saham amanah  ( unit trust ). Lebih dari 300 perintah hibah dari Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Semenanjung Malaysia telah diperolehi Wasiyyah Shoppe Berhad yang mengesahkan bahawa perkhidmatan Hibahnya berkuatkuasa dari segi undang-undang.


Image may contain: 1 person, smiling

Image may contain: 1 person
No automatic alt text available.

Comments

Popular Posts